Today :)
Sunday, September 28, 2014 12:00 AM


Assalammualaikum guys :))

Hello ! Goodnight everyone. How are you today ? Hope everything okay. Bytheway today title about Today I don't know why i wanna talk about today. Tapi hati ni terasa nak sangat menaip mengupdate blog. Okay Apa yang jadi hari ini ? Ada yang buat ku bahagia ada juga buat ku sedih. So yang mana satu yang ingin ku kongsikan. Mungkin keduanya. Bytheway kita terfikir. Ada ke yang membaca blog kita ? Hahaha okay abaikan tak penting. Kalau ada yang baca mesti boring because its all about my life. Lagipun siapa je tahu blog ni. Private blog only hanya orang tertentu saja tahu. Okay we start our story.

First, pagi ini ku ke hospital untuk final check sebelum ku pergi dari sini untuk menempuh cabaran lagi banyak. Terima kasih pada abang tersayang sebab sudi menemani diri ini. Tak kira jawapan final check ini macam mana sama ada baik mahupun sebaliknya. Dalam ku menunggu detik detik yang menyiksakan tu abang takpenah putus bagi semangat. Kalau boleh ku ingin pergi sendiri tetapi ku tahu jika nanti jawapan yang ku dapat adalah negatif ku akan sedih. Ku tak ingin berasa sedih lagi, cukup selama ini ku habiskan setiap saat dengan bersedih. Kini ku ingin kongsi setiap saat itu dengan orang orang yang ku sayangi sebelum ajal menjemput ataupun sebelum ku mulakan semula perjuangan untuk meneruskan hidup. Hidup itu satu anugerah yang Allah berikan. Setiap kali kita putus asa ingat orang sekeliling kita yang sentiasa berusaha berjuang untuk kita. Terima kasih, sebab sentiasa ada pada waktu adik memerlukan. Saat adik sedih saat adik tak ada semangat untuk meneruskan hidup abang selalu beri adik semangat. Andai abang tak ada adik tak tahu macam mana adik sekarang. Semua orang yang pernah ada disisi adik saat ada bahagia dan saat adik koma tak akan pernah ada untuk adik setiap saat adik memerlukan. Tapi abang tak pernah kisah dan abang sanggup buat apa apa supaya adik tak sedih dan putus asa dalam hidup. 

Hidup kita cuma sekali. Itu lah yang abang selalu katakan dan abang selalu cakap nikmati setiap waktu kita ada dan hiasinya dengan perkara yang indah dalam hidup kita. Saat itu ku rasa kembali bersemangat nak teruskan hidup. Ku ada impian dan ku ada harapan. Dan setiap orang juga layak mengejar impian dan harapan yang telah kita niatkan. Sekarang ku akan berjuang untuk terus hidup. Ku serahkan soal ajal hidup matiku pada yang Maha Esa. Kerana hanya Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Dan keputusan yang ku dapat adalah negatif. Lepas tu abang terus peluk and says banyakkan sabar. Kita boleh usahakan cara lain. Tiada penyakit yang tiada ubatnya. Start petang itu juga abang ajak pergi jalan jalan. Memang tak merancang akan jumpa abang rizal kembali. Terkenang saat dulu. Alhamdulillah sekarang dia dah bahagia. Semoga dia akan lebih bahagia selepas ini. Happy dapat jumpa dia dengan orang yang dia cintai. Ku doakan dia bahagia. 

Itulah benda pertama yang ku lakukan pada hari ini. Selepas itu abang ajak pergi tempat biasa kami pergi. Ke taman la kan tenangkan hati dan start bincang soal nak pergi ke Eropah untuk operation jantung. Maybe itu saja jalan yang ada. Dulu mungkin ku tak mahu. Sekarnag ku dah buat satu keputusan untuk ke sana dan buat operation itu. Andai itu sahaja jalan yang ada dan Allah tunjukkan itu yang terbaik untukku. Ku bersedia lakukannya. Berhasil atau tak itu ketentuan Ilahi ku lakukan ini untuk terus berusaha untuk meneruskan hidup. Dalam ku berjuang nanti ku yakin Allah akan sentiasa ada buatku. Bukti sebelum sebelum ini ku pernah juga koma tapi atas ketentuannya ku dapat menikmati hidup pada hari ini. Ku bersyukur atas apa yang dia telah rancangkan buatku. 

Now ini saat ku jumpa dengan orang yang kucintai saat ini sebelum ku pergi dari sini. Ku ingin lihatnya, ku ingin mendengar segala luahan hatinya dan ku ingin buat dirinya bahagia. Kerana hanya dia yang mampu buatku kembali kuat dalam ku melawan sakitku. Dan dia juga menjadi semangatku saat ku dalam kelemahan. Dan dia juga selalu hadir mengapai tangan ku saatku ingin pergi. Dia jugalah yang sentiasa ada dalam mimpiku saat saat ku kritikal. Memberi kata kata semangat dan mendoakan ku sembuh. Walaupun ku tahu saat itu, dia tak tahu yang ku sedang melawan sakit. Mungkin itulah istimewanya dia dalam hidupku. Ku jadikan dia semangatku. Dan kini ku hanya mampu membalasnya dengan membuat dia bahagia dan kembalikan dia pada imran yang dulu. Mungkin sekarang keadaan ku makin lemah tapi ku cuba kuat demi dia. Ku ingin memenuhi impian ku dan dirinya. Cukuplah sekali ini ku lihat dia tersenyum bahagia. Dan selepas ini ku juga dapat melihat senyuman dia lagi. Ku taknak jika nanti ku jumpa dengannya itu adalah kali pertama dan kali terakhir ku melihatnya. Ku ingin sentiasa disisinya walaapapun yang berlaku. Dan selepas ku sembuh dari sakit. Takkan ku biarkan dia hatinya disakiti lagi. Biarpun saat itu ku bukan sesiapa buat dia. Ku akan selalu buat dia bahagia. Kerana Dialah cinta terakhirku cukup hanya dia. Bukan orang lain. 

Fourteen October tarikh yang ku pilih. Agak agak dia free tak ? Ku harap sangat dia freekan dirinya. Kalau tak tarikh itu. Maybe Nine November kerana itulah hari terakhir ku berada disini. Dan ku akan mula terbang ke Eropah. Hm harap sangat waktu itu dia free. Ku taknak sia sia kan waktu yang ada ini. Sekarang pun ku bukan tak yakin, tapi tak tahu bagaimana perasaan ini bagaikan rasa dia masih mengaharapkan cinta satu perempuan. Ntah kenapa dan mengapa perasaan ini mengatakan begitu. Tapi ku tak mampu nak buat konklusi sendiri ku hanya mampu menunggu dia luahkan apa yang dia ingin luahkan. Hm dan berharap selepas itu andai dia betul mencintai wanita itu. Apa mampu ku lakukan cinta itu tak boleh dipaksa. Ia mampu datang dan pergi tanpa kita undang dan tanpa kita paksa. Ku redha kerana itulah ketentuan Allah :)

Ku tunggu saat itu tiba dan ku harap ianya akan berjalan dengan lancar. Kini ku takmampu lagi berkata kata. Cukuplah apa ynag pernah terjadi. Ku serahkan hidup matiku pada yang Maha Esa. Kerana ku yakin Dia sentiasa ada buat hambanya. Cinta ku cukup hanya dia yang terakhir. Hidupku biarlah ianya berakhir dengan penuh dengan kebahagiaan dan penuh dengan pejuangan. 

Ku rindukan dia saat ini. Tapi adakah dia rindukan ku. Siapakah aku bagi dirinya ? Mungkin bukan sesiapa. Wanita itu lebih dari segalanya. Ku hanya mampu tersenyum apabila dia menafikan. Ku juga ingin bahagia tetapi sebelum ku bahagia. Ku ingin dia bahagia dahulu. Sejujurnya, hati ini teramat merindui dirinya. Apakah dia rasa apa yang ku rasa. Hm ku hanya mampu berharap apabila ku lihat bulan diatas. Dia juga melihat bulan yang sama dan merasakan rasa rindu ku ini. Ku hanya mampu sampaikan rinduku melalui doa. Dan mengharap dia dapat rasakan rindu itu. Ya Allah, makin banyak ujian yang Engkau beri kepadaku. Berikanlah aku kekuatan untuk terus menjalani hari hari ku. Dan andai esok tiada hari esok untukku. Tolong jagakan keluargaku dan jagakanlah dia untukku, berikanlah dia kebahagiaan yang sejati.

Okay cukup untuk malam ini. Rasa sakit mula datang. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. Awak selamat malam. Semoga hari awak esok lebih indah. Goodnight. Imissyousomuch Imran Nurhan itulah satu nama yang akan kekal dalam hati ini. Takecare yourself and Smile always. OKay readers. See you tommorow. Bye Assalammualaikum :))))) 


OLDER Home NEWER


Home Tumblr Blog Folow
Follow Dashboard