Lumrah Hidup
Monday, May 28, 2012 11:34 PM
5713840308_large

Asslammualaikum :')
Hello everyone . How are you ? I hope everything okay :') Okay now daa start cuti sekolahkan ? Hari ini Isnin malam Selasa bersama 28.5.2012 . Mama and papa dah pun fly UK atas urusan kerja . Okay maksud dia Emergency .  Okay ramai tanya , cuti kali ini mesti pergi melancong cameron lagikan :') Itu sudah pasti , happy ? Mungkin ye mungkin tidak btw pergi sana Ahad bersamaan 3.6.2012 . Pergi dengan siapa ? Abang and cousin memang percutian di situ if sihat da lama pergi dubai :') Tapi keadaan tak mengizinkan . Diri sendiri pun makin sakit :') Pada yang tahu keadaan saya sekarang harap jangan sedih . Saya tak suka orang sedih sebab saya :') Lagipun anda semua semangat saya . Kalau korang sedih kita lagi sedih :) So jangan sedih sedih okay :')

Okay cerita tentang life Yas baru baru ini ? Okay banyak benda terjadi :) Tapi apa mampu kita buat , cuma mampu tersenyum dan terus tersenyum :') Tak semua yang berlaku dalam hidup kita ini semua benda yang buat kita bahagia . Ada masa kita menangis dan ada masa kita gembira . Ada masa kita terluka ada masa kita bahagia kan :') Tapi bg Yas yang bahagia itu selalu datang cuma sementara saja kan . Tapi yang buat kita menangis buat kita terluka sentiasa datang . Itulah yang buat Yas kuat dan lebih banyak bersabar .  Bila kita terluka banyak bagi  pengalaman kita dapat :') Semua yang saya lalui memang sama macam orang lain . Hati d'permainkan , perasaan cemburu , sakit hati . Semua itu pernah Yas lalui . Siapa kata Yas bahagia dengan kehidupan yang saya lalui sekarang ? Mungkin orang lain anggap saya bahagia . Tapi apa yang saya sendiri lalui hanya saya dan Allah sahaja tahu . 

Okay , petang tadi kawan ajak keluar . Okay keluar then jalan jalan , bila dia start cerita pasal bf dia . Okay memang sedih bila time mula mula couple perangai sangat baik , tapi bila dah couple satu persatu perangai bf dia berubah :') Berubah macam mana ? Okay ini bukan kaitan nak mengutuk tapi kongsi cerita . Dulu waktu time mereka sebelum couple , lelaki itu janji macam macam dan berkata tak pernah sekali pun dia curang dan bila dia couple dia tak akan layan perempuan lain selain GF dia okay maksud dengan Layan Perempuan Lain itu ialah dia tak akan text or call or IM girl lain selain GF dia . Okay then , baru baru ini mereka baru sahaja gaduh :') Biasalah orang couple pasti ada gaduh gaduh manja . Okay Salah faham jee . Nak tahu sebab apa ? Okay first si perempuan ini kuat cemburu dan si lelaki ini pula lupa akan kata kata dia sebelum couple dulu :') Dan mula la mereka gaduh sampai sekarang tak berbaik . Okay petang tadi memang kawan kita menangis sampai merah mata dia . Okay memang kesian sangat :') So saya sebagai kawan saya hanya mampu bagi nasihat . Saya bukan sesiapa dalam hubungan awak berdua :') 

Okay nak tahu kenapa saya banyak berubah :') Kalau dulu saya macam perempuan lain now dah tak . Okay maksud dia kalau dulu saya kuat cemburu , kuat terasa , kuat control hidup bf saya but now dah tak :') Nak tahu sebab apa ? Okay first banyak pengalaman yang buat saya sedar selama ini . Terfikir kadang kadang , kenapa perlu kita control hidup pasangan kita ? Apa yang kita dapat ? Ingat , satu benda okay . Sebanyak mana pun kita sayang dia , kita control dia . Kalau dia bukan jodoh yang ditentukan oleh Allah kelak kita tak akan bersama dengan dia jugak :') Itu la yang selama ini saya fikir dan sebab itu saya berubah . Dalam keadaan saya macam ini , saya tak yakin saya akan lama :') Tak salah kan kita fikir benda itu . If jodoh kita dengan orang yang kita sayang . Alhamdullilah saya bersyukur sangat :') . Okay yang kedua , sebab diri saya berubah kerana seseorang banyak beri saya nasihat . Nak tahu siapa iaitu abang saya :') Dia lelaki yang paling rapat dan paling faham saya . Kata dia " Kalau seseorang itu jujur dan ikhlas menerima kita seadanya dan melamar kita kerana ingin menjaga kita . InsyaAllah sesuatu hubungan akan akhir dengan satu majlis pernikahan " Dengan kata kata itu saya bangkit dari sakit hati dan terluka sebab cinta :) Ingat apa yang saya nak cakap ini . Kenapa kita perlu  control hidup pasangan kita sedangkan dia belum halal bagi kita lagi . Kadang kadang sifat kita tak matang itu yang boleh buat sesuatu hubungan retak . So fikir la , okay mungkin ramai tak sependapat dengan saya tapi saya pernah lalui dan itu yang membuatkan saya berubah :') Inilah diri saya . 

Mungkin ramai tertanya tanya kenapa saya suka berahsia dan suka pendam dalam hati  .Saya tak suka buat orang lain terluka dan sedih :)  Biar la semua tu jadi dekat diri sendiri :') Kerana bila saya menyakiti hati seseorang itu membuatkan saya rasa serba salah :') Saya takut nak menyakiti hati seseorang :') . Kalau saya terluka , saya suka diam . Dengan diam je boleh buat saya tenang . Bila sedih suka sedih sorang sorang , bila kita sedih pasti kita menangis :') Dan saya ambil masa itu dengan menangis sepuas puasnya sampai saya tenang . Banyak orang kata kebahagiaan selalu datang sekejap sahaja . Tapi bagi saya yang sekejap itu la jadi kenangan yang paling manis yang saya akan ingat sampai bila bila . Bila saya terluka benda itu mungkin memerlukan masa untuk pulih :') Tapi kita boleh cubakan lupakan benda yang buat kita sedih dan ingat kembali saat saat dan kenangan manis kita :) 

 Hidup kita hanya sementara . Manfaatkan peluang yang ada :') Hidup kita hanya sekali . Hargai semua yang kita miliki sebelum kita pergi meninggalkan mereka . Perjalanan hidup saya hanya saya dengan Allah sahaja yang tahu . Jangan sesekali buat fitnah :') Yee bahagia selalu datang hanya sementara tapi saya hargai kebahagiaan yang diberi . Dan jadikan keperitan dalam hidup itu benteng saya untuk teruskan hidup :') Saya pernah rasa terluka sama seperti orang lain . Mungkin kisahnya sahaja berbeza . Saya ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa :') Saya hanya manusia biasa yang selalu membuat kesilapan dan dari Allah saya datang dan kepada Allah saya kembali . Lepas ini jangan tanya kenapa saya macam ini sebab Inilah Diri saya :') Be yourself babe . Okay la guys maaf kalau tak faham . Tak berapa sihat ini pun terdetik hati nak update kerana ramai tanya tak update blog ke and nak bagi jawapan kepada soalan anda semua :') Okay la suara pun dah tak ada , maaf kepada sesiapa call tak angkat keadaan nak bercakap setakat ini tidak mengizinkan tapi saya akan cuba bercakap juga :') Okay la , jangan risau yas still yas yang dulu cuma kesihatan dia tak mengizinkan . Okay la ini sahaja dari saya :') Lain kali saya update lagi yee . Good night , Takecare yourself . Assalammualaikum . 




OLDER Home NEWER


Home Tumblr Blog Folow
Follow Dashboard