|
I love you :*
Thursday, December 13, 2012 12:26 PM
![]()
Assalammualaikum :')
Hello Hey Hi ! Goodmorning readers. So how are you ? Everything okay ? Okay blog kita comel tak ? Hihi baru tukar semalam. Berjam jam edit ini blog. Akhirnya siap jugaa. Inilah hasilnya. Cantikkan :) Okay *sukanyaa* haha. Lama tak edit blog jadi blur kejap. Bila dah tengok code code dia balik okay dalam pukul satu pagi baru dapat idea. Hihi so siapnya pukul dua la kan. Hihi tak sempat nak update blog. Okay title post today Iloveyou . Bytheway kita dah lama tak update hihi agak busy dan tidak tahu nak update apa. Banyak ke Tumblr semua benda yang kita luahkan kebanyakkan di post ti tumblr, hihi itu yang tak tahu nak update apa disini. Okay semalam 12.12.12 kan ? Yeah semalam birthday Teha and Syed. Happy birthday budak kecik. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki yang halal. Taknak nakal nakal dan degil okay. Jadi anak yang baik okay :').
Now, kita berbalik kepada tittle kita. ILoveYou , bulan ini kira sudah Sepuluh bulan kami bersama. Banyak benda kami hadapi bersama tak kira suka atau duka. Dalam banyak banyak bulan kira bulan ini kita banyak menangis. Why ? Okay ini kisahnya, satu hari hubungan kami agak dingin bila satu petang dia tanya pasal baju kita ke Porm night party. Bila dia then ada benda yang buat dia tak puas hati dia pasti akan marah. Seriusly, saya takpernah teresa apa yang awak katakan. Saya terima itu dan saya pun dah tak buat benda itu. Selepas itu banyak benda yang terjadi. Itu tak payah diceritakanla. Benda yang lepas jangan diingat betul ?. Dalam satu hari saya dapat tahu banyak benda dan saya banyak belajar sesuatu daripada apa yang terjadi. First, saya baru sedar selama kita bersama saya banyak sakiti hati awak buat awak sedih, kecewa. Itu benda pertama yang buat saya sedar selama kita bersama Saya tak mampu buat awak bahagia. Betul tak awak ? Dari situ saya rasa better saya tak janji apa apa dengan awak. Jika saya ada janji apa apa dekat awak saya tarik balik semua janji saya. Saya tak mampu nak buat awak bahagia. Mungkin ada yang lebih layak mungkin bukan sekarang tapi akan datang bila saya sudah tiada nanti :') Masa itu saya hanya mampu lihat awak bahagia dengan orang yang awak sayang yang pasti orang itu bukan diri saya . Saya ingin lihat awak gembira dan bahagia. Saya tak kisah jika saya bukan menyebabkan awak bahagia dan gembira. Lihat awak bahagia saya juga turut bahagia :')
Awak, jika selama kita bersama awak tak bahagia dengan saya. Saya minta maaf, saya tak mampu nak buat awak bahagia macam orang lain pernah lakukan. Saya ada banyak kekurangan now saya sendiri tak tahu sampai bila saya boleh bertahan. Saya rasa saya dah tak ada harapan lagi awak. Andaikata saya dah tiada satu benda sahaja yang saya harapkan. Saya harap awak bahagia dengan orang yang awak sayang akan datang :') saya harap penganti saya dapat bahagiakan awak lebih dari saya. Awak macam saya katakan saya memang dah Giveup nak teruskan hidup. Better saya tak mengharap apa apa dalam hidup saya. Jika betul jangka hayat saya tak lama saya terima, saya redha ketentuan-Nya. Terimakasih awak selama kita bersama awak takpernah putus berikan saya semangat tapi kali ini saya betul betul giveup, patah semangat. Saya rasa diri saya makin teruk dan tak ada harapan untuk sembuh macam dikatakan oleh doktor. Sekarang saya hanya mampu berdoa sahaja awak. Saya minta maaf sangat sangat. Saya tak ada niat nak buat awak terluka, kecewa dan sedih. Harap awak maafkan saya :')
Awak, selama saya masih bernafas satu sahaja janji saya pada awak. Saya akan sentiasa mencintai diri awak dan saya akan cuba buat awak bahagia walaupun ia hanya sekejap. Itu janji saya. Macam mana pun keadaan saya sekarang, saya taknak awak sedih dan terlalu risaukan saya. Awak kena ingat awak pun kena jaga kesihatan awak juga :). Awak, sejujurnya selama kita bersama saya rasa bahagia sangat. Walaupun saya ni seorang yang degil awak sentiasa sabar melayan karenah saya. Terima kasih awak, awak banyak buat saya sedar dan sentiasa buat saya bahagia. Saya harap Bulan ini kita lebih memahami antara satu sama lain, percaya satu sama lain dan yang paling penting awak bahagia selama kita bersama :') Saya sayang awak sangat sangat tahu. Tak kirala awak pernah marah or tengking or cakap kasar dengan saya. Bagi saya itulah satu cara saya dapat mengenal siapa diri awak dan itulah personaliti diri awak. Dengan sikap awak yang sebegitu tak buat saya lemah tapi buat saya kuat untuk menerima segala dugaan :') Awak ada sifat yang jujur. Itu yang saya suka. Bytheway Happy Anniversarry Yang ke-Sepuluh Sayangg :*. Apapun yang berlaku saya harap kita tetap bersama dan cinta awak tidak pernah pudar buat saya :')
You will always be a part of my life. A happy memory, a good laugh, a tear or two. I won't ever forget you
You are my everything. I love you so much :*. Okaylaa panjang sangat dah menaipnya ini. Sampai mengalir airmata hihi. Okay stop menaip. Lunch time. Ada masa kita update lagi. InsyaAllah. Okayla byebye readers. Assaalammualaikum :')
|