Trauma
Monday, December 17, 2012 12:32 AM
~.Idézetek Halmaza fényképei

Assalammualaikum :')
Selamat malam semuaa dan hello hey hola hi. Hari ini kita berbahasa melayu okay. Hahaha malas nak speaking, sebenarnya nak speaking takut salah je hahaha. Almaklumlaa demam, haih pergi naik bukit then duduk dekat situ nak dekat empat jam. Just tengok permandangan dipagi hari. No function bukan ? Yess itulah idea paling idiot daripada abang sedara kita. Haih sakit hati bertambah sakit dada membuatkan diriku tak larat nak marah. Bukan apa, kalau marah benda dah pun jadi. Haih. 

Bytheway, memang hari ini nak cerita tentang dia. Nak tahu mengapa ? Sejak kebelakangan ini dia nampak lain. Maksudnya sikap dia, cara dia layan kita lain sangat. Membuatkan kita rimas bertambah dengan sikap dia buat kita geli. Seriusly, dia lain sangat sejak balik dari UK. Rasa semacam, okay first sikap dia yang seakan bukan kita rimas dan lain. Dia layan kita seakan manja and nak beromantik pula. Haih rasa geli dibuatnya. Okay semalam pergi naik bukit nak tahu apa sebab ? First dia cakap dia nak ajak kita jumpa dengan si capital s. My beloved cousin. Seriusly, I miss her so much. Now dia dekat melbourne. So bila dia cakap dia nak bawa kita kesana jumpa cousin kesayangan kita. Dengan gembiranya kita jawab Nak seriusly tak tahu pula bila kita jawab sebegitu rupa ada Syarat selepas dengar syarat yang diberi kita pun terima laa. Nak tahu apa syarat di bagi ? Dia kata Kalau nak ikut awak kena ikut dan teman saya pergi naik ke atas puncak bukit lihat permandangan , kita pun katalah okay. Benda tak susah asalakan boleh jumpa cousin kesayangan kita. Sampai sampai disana baru terfikir kenapa dia panggil kita Awak kenapa tak  panggil Adik je. Okay time itu just cuba fikir positive. Bila dah habis lihat permandangan, kami pun balik ke kampung. Rehat untuk sehari.

Okay lanjutkan cerita haha. Bila dah sampai cubala call bakal suami kita. Just nak tahu dia dalam keadaan baik atau tidak. Tiba tiba dia cakap Takpayah la call dia, rehat tadi kata sakit dada. Jangan risau dia pasti okay. Time tu kita tetap cuba call, malas nak melayan karenah dia. Haih. Dari situ kita dah rasa semacam . Dia jealous ke ? Okay fikir positive lagi. Mungkin dia risau kita tak sihat. Lepas call kita pun rehat.

Keesokkan harinya, time dalam kereta dalam perjalanan balik. Dia tanya soalan yang Kita sayang dia ke tidak time tu dah rasa geli dah. Haih apa kena taktahu. Kita pun jawab macam nak taknak then dia merajuk. See ? Nampak dia nak tunjuk sifat manja dia. Haih memang satu kereta dengan dia hari ini memang buat kita makin rimas dan rimasss. Eeerr tadi petang time nak masuk bilik hotel dia pesan Time dinner nanti kita dinner sama ye sayang disitu nampak dia memang semacam. Haih tak pernah pernah panggil sayang. Hm now perasaan takut pula datang. Haih betul ke dia suka kita ? Betul ke dia dah berubah ? But why. Hm mungkin abang ada jawapan. Nak cakap takut lain pula jadi. But kena terus terang kalau tak jadi benda lain. Taknak benda lama terjadi. Okay trauma sangat. Sekarang nak menghadap muka dia kita tak sanggup. Dia duduk call dari tadi tak angkat. Hm. What can i do right now ? 

Petang tadi kita ceritakan masalah kita dekat Imr, jujur sebenarnya taknak cerita but bila kita kata nak pergi Spa dia terus suruh kita ajak abang sham. Dalam masa yang sama kita malas nak melayan karenah abang sham then nak taknak kita ceritala juga. Banyak pendapat dia bagi. Hahaha sampai dia kata kita bodoh bengap bendul bangang dan sewaktu dengannya haha. Memang best cakap dengan dia terasa tiada masalah pun. Hihi happy jee. Kita gelak sampai sakit dada .____. Haih. 

Sekarang hanya mampu mendiamkan diri buat sementara. Tapi dalam otak tertanya tanya mengapa dia berubah ? Errr. Tak faham la, kalau dia suka dekat kita pun. Kami bukannya boleh bersatu. Hope benda yang lalu tidak berulang kembali. Hm. Now waktu sudah pukul berapa ? Dua belas lebih kan ? Mata merah sudah. Time to sleep. Byebye readersss. Goodnight Assalammualaikum :') 


OLDER Home NEWER


Home Tumblr Blog Folow
Follow Dashboard