|
Terima Kasih
Wednesday, August 21, 2013 4:00 PM
Selamat petang. Good evening readers. Hello hey hi hola guys. Have a nice day readers. Wah lamakan min mendiamkan diri. Jap jap buang habuk jap *fuh fuh* haa kan nampak cantik tu. Hee bytheway readers semua sihat ? Harap anda semua dalam keadaan baik baik saja okay ? Min selalu doakan anda semua sihat selalu. Bytheway bulan ni bulan syawal kan ? Hee masih sempat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya right ? Raya sebulankan kan. Bytheway disini Yasmin ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki andai ada salah dan silap yang sengaja atau tidak sengaja yang min buat selama ini. Harap kesalahan min dimaafkan. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin pada semua readers min yang comel dan kacak ini :) Okay mesti ada sebabkan kenapa saya update blog pagi ini. See title. Terima kasih ? tapi untuk siapakan ? Okay sebenarnya ia dituju buat orang orang yang sayangkan diriku. Especially, Imran Nurhan. First kita start dari kaksha. Kak terima kasih sebab sudi jaga adik. Setiap masa akak beri perhatian pada adik. Saat adik memerlukan seseorang akak pasti ada buat adik. Setiap gelak tawa yang adik pamerkan hanya akak yang faham. Adik cuba kak nak bahagiakan diri adik seperti waktu dahulu. But why adik takboleh akak. Kenapa adik tak boleh kuat macam dulu. Akak faham setiap senyuman yang adik ukirkan takadalah seindah dihati. Dalam ketawa adik ada tangisan didalam hati adik. Tapi inilah yang dinamakan hidupkan kak. Penuh dengan dugaan dan rintangan yang tak dapat pernah kita agak bila dia datang. Akak terimakasih sebab sudi beri adik semangat dan sudi dengar luahan hati adik setiap kali adik memerlukan seseorang untuk meluahkan apa yang adik rasa didalalam hati saat ini. Akak da janji dengan adikkan ? Akak taknak nangis sebab adikkan ? So please adik nak lihat akak bahagia adik taknak sebab adik. Akak sedih je. Please smile for me ? :). Akak thanks sebab akak jujur jawab soalan adik malam haritu. Adik tahu akak pernah putus asa menjaga adik dahulu. Ye adik faham kenapa. Its okay, adik tak kesah. I'm okay. Siapa je yang tahan jaga orang sakit macam adik ni kan. Adik harap apa yang adik katakan dulu itu akak faham. Adik tak mahu mereka yang adik sayang terlalu berharap. Kerana adik tak pernah pinta untuk sembuh cukup kak adik dapat bertahan sampai ke saat ini. Lihat orang orang yang adik sayang kembali bahagia seperti waktu dahulu. Terimakasih sekali lagi kak. Setiap kali adik terluka sendiri dan tak mampu nak bendung lagi perasaan sedih ini akak selalu ada buat adik. Walaupun adik selalu menyusahkan akak. Andai adik tiada. Adik harap akak boleh jadi peneman abang untuk gantikan adik nanti. Dia orang yang paling adik sayang, dia seorang abang yang sangat memahami adiknya. Jika dulu susah senang kami bersama. Kini tidak lagi. Susah senang dia, adik pasti ada untuk dia. Jika adik susah, adik lebih merela untuk tanggungnya seorang diri. Adik harap akak dapat jaga dia, sayang dia lebih dari adik lakukan sebelum ini. Terima kasih untuk segalanya :') Imran Nurhan. Satu nama yang sentiasa terpahat dihati ini. Terima kasih sayang untuk segala galanya. Selama kita bersama, awak takpernah putus asa beri saya semangat. Awak takpernah putus buat saya bahagia, walaupun saya sentiasa buat awak bersedih. Hm awak impian saya yang lain dah tercapai. Hanya impian saya pada awak masih belum tercapai. Saya harap sebelum saya pergi saya dapat jumpa awak buat kali yang pertama. Dan mungkin ini perjumpaan yang terakhir kita. Tapi saya masih berharap ada lagi pertemuan kita yang seterusnya. Awak, saya tak dapat nak gambarkan macam mana keadaan awak saat saya tiada nanti. Mampu ke awak kuat macam saya ? Mampu ke awak hidup tanpa saya ? Mampu ke awak terima segalanya yang berlaku ini ? Saya selalu fikirkan itu. Saya tak mahu awak sedih. Saya tak mahu lihat awak lemah tanpa saya. Saya tak mahu itu terjadi awak :'/ Tapi apa yang mampu saya lakukan andai itu takdir yang ditentukan oleh-Nya. Saya redha. Mungkin itu yang sudah dirancang oleh-Nya buat sayakan awak. Saya cuma nak awak tahu. Andai saya pergi nanti. Saya bersyukur sangat sebab dapat kenal insan sebaik awak. Saya dapat peluang untuk merasai dicintai oleh insan yang bernama Imran Nurhan. Walaupun sementara ianya cukup buat saya bahagia. Awak saya bersyukur kerana dapat awak dan andai saya pergi saya bersyukur kerana awak lah Cinta Terakhir saya. Awak apa apa pun yang berlaku saya nak awak tahu saya sayang awak cintakan awak rindukan awak sangat sangat. Andai saya dapat jumpa awak nanti, saya akan buat itulah pertemuan pertama kita yang paling indah sebelum saya pergi. Awak doakan saya baik baik saya ye. InsyaAllah andai Allah masih mengizinkan saya menetap dibumiNya ini. Saya akan hidup seperti insan lain. Andai tidak, saya nak awak redha dan terima semua ini sebagai dugaan buat awak ye sayang. Terima kasih Imran Nurhan kerana sudi beri saya kesempatan untuk duduk didalam hati awak sehingga ke saat ini :) Mungkin ini saja yang mampu ku luahkan. Dalam suka ku pasti sentiasa tangisan yang ku sembunyikan didalam hati ini. Tetapi cuma ini yang mampu terluah. Ya Allah, engkau kuatkanlah hati hamba mu ini untuk lalui segala ujian yang engkau berikan. Andai ku salah satu hambamu yang tak dapat menikmati kebahagiaan didunia ini. Ku terima dan ku percaya engkau sudah sediakan tempat ku nikmati kebahagiaan yang abadi disana nanti. Ku redha atas ketentuan yang Allah buatku :) Dalam kita ketawa pasti ada tangis yang disembunyikan didalam hati. Itulah aku, ku tak mampu nak pamerkan yang ku sakit, ku sedih di depan mereka yang ku sayang. Ku hanya mahu melihat mereka bahagia dan sentiasa tersenyum. Kerana senyuman mereka saja yang dapat membuat diriku makin kuat untuk hadapi segala yang ku alami. Ku rela terluka, sakit sendiri, sedih sendiri daripada melihat mereka sedih kerana ku. Airmata mereka yang kusayangi dan ku cintai amat berharga buatku. Ku tak mahu airmata itu jatuh keranaku lagi. Ku sayang mereka :') Sebulan lagi hari yang ku takut dan selama ini yang mereka nantikan. Keadaan ku makin lemah. Ku harap ku masih kuat untuk hadapinya. Ya Allah. Bantulah hamba mu yang lemah ini. Maybe cukup untuk hari ini. Kepenatan. Saya rindu dia :') Byee readers. Muwahh :* |