Kuatkah aku :'/
Wednesday, September 4, 2013 5:31 PM


Assalammualaikum readers :)
Good evening everyone. Hello everybody. How are you today ? Saya harap segalanya baik baik saja. Bytheway happy wednesday everyone. Today 4 September 2013. Itu bereerti hari ini kami genap 19 bulan bersama. Happy Anniversarry sayang :). Selama kita bersama bermacam macam perkara kita lalui bersama kan sayang ? Suka duka tangis tawa saya awak sentiasa disisi. Sehingga kini awak masih bertahan bersama saya. Awak, jika awak perasan saya selalu tanya why awak sayang saya kan. Dan bila saya tanya, awak hanya akan jawab. Mencari seorang perempuan yang baik itu mudah tetapi nak cari seorang perempuan yang sebaik awak susah. Awak nak tahu apa hati saya berkata saat itu ? *Nak cari orang yang seBaik awak juga susah* terus saya tersenyum sendiri walaupun waktu itu saya sedang menahan kesakitan.

Awak, setiap saat yang saya masih ada saat ini akan saya manfaatkan ia dengan baik. Saya ingin habiskan masa yang saya ada untuk buat awak bahagia. Tapi mampukah saya ? Kuatkah saya ? Nak bertahan untuk masa yang lebih lama. Awak, saya nak sangat awak tahu segala rasa hati yang selama ini saya pendam. Tapi mengapa ianya tak terluah saat masa awak terluang buat saya. Menangis sendiri lagi. Saya tak mampu nak menangis dihadapan orang lagi. Kerana saya takut mereka yang saya sayangi juga ikut turut bersedih. Sayang, saya tak tahu banyak masa lagi yang saya ada. Tapi selagi saya bernafas. Saya akan pastikan cinta saya hanya untuk awak. Sayang, saya pernah impikan untuk menjadi yang sah buat awak. Saya teringin nak ada anak dengan awak. Hee macam mana saya mimpi malam itu. saya harap mimpi itu jadi kenyataan. Tapi ianya mustahilkan ? *smile* Saya tahu ianya tidak akan jadi kenytaan.

Awak, hidup kita ni makin singkatkan ? Saya nak sangat tahu apa yang awak impikan atau apa yang awak nak sangat buat dalam hidup awak sebelum awak pergi. Semua orang ada impian masing masingkan awak. Macam saya tiada apa yang saya mahu impikan melainkan berjumpa dengan awak. Itulah impian terakhir saya. Jika diberi peluang saya nak jejakkan kaki saya ke tanah suci buat kali pertama. Saya ingin menghabiskan sisa sisa hidup saya bersama mereka yang saya sayang. Saya mahu lihat mereka tersenyum tertawa. Saya mahu saat saya tiada disisi mereka lagi. Mereka mampu tersenyum tertawa tanpa saya. Awak dan mereka adalah penyeri dalam hidup saya. Tanpa awak dan mereka. Mungkin saya takakan kuat sehingga kini.

Kadang saya rindu saat saya sendiri melalui segala dugaan dan rintangan hidup sendiri. Saya rindu nak lakukan apa yang pernah saya lakukan saat saya seorang diri. Setiap kali saya sedih saya akan menangis sendiri. Setiap kali saya terluka saya menangis sendiri. Setiap kali saya putus asa saya menangis sendiri. Kerana bagi saya jika saya menangis sendiri saya takkan buat orang lain sedih menangis dan terluka sebab saya. Dulu jika saya ada masalah saya suka selesaikan sendiri. Dulu jika saya sakit saya sentiasa menangis sendiri menahan kesakitan ini. Kini saya dah buat ramai orang menangis sebab saya. Kadang saya rasa serba salah. Kenapalah saya hadir dalam hidup mereka, saya sepatutnya menjauh dari mereka supaya mereka tak dapat susah untuk menjaga saya. Especially Kaksha :'). Kadang saya cemburu dengan orang lain. Bila mereka sakit mama mereka selalu ada disisi. Tetapi saya ? Hanya sendiri. Saya teringin dibelai dan diberi kasih sayang daripada seseorang insan yang digelar ibu. Tapi apakan daya. Saya takakan mampu dapat semua itu.

Saat ku ingin cuba kuatkan diri untuk bertahan menahan kesakitan yang ku alami. Ku tak tahu mampukah aku lalui semua ini. Kuatkah aku lalui segala apa yang terjadi. Dugaan sentiasa datang kepadaku saat ku ingin teruskan hidup dengan tenang dan saat ku cuba kuatkan diriku. Ya Allah sesungguh hamba mu ini lemah dalam menempuh segala dugaan yang engkau berikan. Berikanlah diriku kekuatan untuk lalui segalanya dengan baik. Ku yakin setiap apa yang Engkau berikan kepada kehidupan ku pasti ada hikmah disebaliknya. Ku terima segalanya dengan tenang dan ikhlas. Kerana ku tahu Engkau mengujiku kerana ku kuat untuk menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan. Aminn :)

Kini takakan ku kejar atau cari kebahagiaan yang kini makin menghilang dalam hidupku. Ku akan menunggu kebahagiaan itu hadir dengan sendirinya. Cuma cepat atau lambat saja. Walaupun ku tahu kebahagiaan itu takkan pernah muncul buatku. Kini ku hanya mahu izinkan diriku habiskan saat saat yang ku masih ada dengan membahagiakan mereka yang ku sayangi dan ku cintai. Kerana hidup mereka tersangat penting buatku. Akan ku cuba terus tersenyum dan tersenyum dalam menghadapi dugaan dariNya.

Hm terasa nak muntah, perut terasa pedih. Tak sihat dua tiga hari ini. Hm rasa badan makin lemah. Mungkin cukup sampai sini. Akan ku cuba menjadi Yasmin yang terdahulu. Yang sentiasa kuat menghadapi dugaan walaupun harus hidup sendiri.


Hidup ini hanya sekali. Akan ku teruskan hidup ini dengan tenang dan tabah. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada sebab yang tersembunyi. Sebab apakah ? Itu hanya Allah maha Besar saja yang tahu. Kita sebagai hamba haruslah sentiasa bersabar menghadapi ujian yang diberikan. Akan ku terus tersenyum melewati saat saat terakhirku. Membahagiakan mereka yang ku sayangi adalah satu kepuasan buatku. Melihat gelak tawa mereka adalah satu semangat buatku. Ku takkan pernah putus asa walaupun keadaan ku kini makin merosot. Ku tahu Allah sentiasa dengan hambanya yang bersabar. 

Okay la mungkin ini saat yang tepat saya mengundurkan diri. Perlukan sedikit rehat. Sepanjang ku berupdate blog ni airmata tak pernah berhenti mengalir ku tak tahu mengapa ku hanya mampu meluahkan apa yang ku rasa disini. *FakeSmile*. Saya rindukan seorang insan bernama Imran Nurhan. Kalau kenal dia, tolong bagitahu saya rindukan dia sangat sangat. Hee. Sayang Saya Sayang Cinta Awak Sangat. Mwahhh :* Okay la readers cukup untuk kali ini okay ? Jumpa lagi next time. Iloveyou :* Mwahh. Takecare. Byee Assalammualaikum ♥




OLDER Home NEWER


Home Tumblr Blog Folow
Follow Dashboard